Aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekresi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tarikh : 24 Mac 2015 - 1 April 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap hari. Pakat-pakat mai!

Wednesday, March 4, 2015

Sudut Permainan Ilmu

Jom sertai aktiviti Sudut Permainan Ilmu. Terbuka kepada semua pengunjung yang mengunjungi Karnival Buku Perlis 2015 dari 24  Mac 2015 - 1 April 2015 jam 9 pagi - 5.30 petang. Pengunjung berpeluang mendapat pelbagai hadiah yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti Permainan Ilmu seperti:

I) Teka Buku / Teka Jumlah helaian buku
Para peserta dikehendaki untuk meneka jumlah buku / jumlah helaian buku.

II) Putar-putar Ilmu
Para peserta dikehendaki untuk memusingkan putaran roda.  Menguji kepintaran peserta untuk menjawab soalan yang diajukan mengenai isu-isu semasa, matematik, bahasa dan sebagainya.

III) Pancing Jawi
Para peserta dikehendaki untuk memancing perkataan jawi dan sebagainya.

IV) Puzzles
Para peserta dikehendaki untuk menyusun gambar mengikut masa yang diberikan.

V) Eja Perkataan
Para peserta dikehendaki untuk mengeja perkataan samada di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Jawi

VI) Susun Buku @ perpustakaan
Para peserta dikehendaki untuk menyusun buku dengan betul mengikut nombor pengkelasan

VII) Jejak Maklumat
Para peserta dikehendaki untuk mencari maklumat di dalam kawasan perpustakaan mengikut arahan-arahan yang diberikan.

VIII) Literasi maklumat

Para peserta dikehendaki untuk mencari maklumat dengan menggunakan bahan-bahan dari perpustakaan seperti buku, majalah, ensiklopedia, kamus, laporan tahunan, atlas, internet dan sebagainya.








Gambar kredit Karnival Buku Perlis 2014

0 comments :

Post a Comment

© Karnival Buku Perlis 2015 , AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena