Salam semua,
Hari ini merupakan hari yang ke 6 Karnival Buku Perlis berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga ke 10.30 malam. Menariknya pada penghujung hari adalah pembekal buku mula memberi pemotongan harga buku kepada pengunjung Karnival Buku. Rugi rasanya sekiranya rakyat Perlis tidak datang ke Karnival Buku Perlis kerana pelbagai buku dijual pada harga yang murah.
Pengisian aktiviti menarik pada hari yang ke-6 adalah Pertandingan Karaoke Bintang Kecil, Belajar Microsoft Word, Bengkel Teknik Menjawab SPM Biologi, Bengkel Teknik Menjawab SPM Fizik, Bengkel kek : Brownies lapis cheese & kek gulung prune sesi 2, Pertandingan Mereka Cipta Logo Karnival Buku Perlis dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu.
Tiga (3) hari lagi Karnival Buku Perlis akan berakhir, kepada sesiapa yang belum berkunjung lagi, kami mengalukan-alukan kedatangan anda..selain jualan buku, ada juga kempen daftar ahli perpustakaan percuma, cabutan bertuah setiap hari, borang peraduan mewarna boleh didapati di karnival (tarikh akhir penyerahan pada 1 April 2015, pertandingan teka jumlah buku dan sebagainya..
0 comments :
Post a Comment