Alhamdulillah..Karnival Buku Perlis telah memasuki hari yang ke-8 pada 31 March 2015 (Selasa). Karnival Buku Perlis hanya berbaki sehari lagi iaitu esok pada 1 April 2015.
Sekalung penghargaan kepada sekolah-sekolah yang datang mengadakan lawatan ke perpustakaan. Para pelajar diberi pendedahan mengenai kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan. Semoga selepas ini mereka sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk mencari ilmu pengetahuan. Selain itu, pelajar diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti tayangan kemerdekaan dan kuiz.
Menarik pada hari ke-8 ini adalah diadakan bengkel Celik IT iaitu membuat brosur dengan publisher, Program Tokoh Nilam dan Perasmian Tokoh Nilam, aktiviti jejak maklumat dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan..
Karnival Buku Perlis 2015 hanya berbaki 1 hari lagi. pakat-pakat mai ke perpustakaan dan sertai Peraduan Mewarna (6 tahun - 12 tahun), kelebihan peraduan mewarna ini adalah para peserta boleh mewarna di rumah dan menghantarnya di perpustakaan sepanjang Karnival. Borang mewarna boleh didapati di dalam blog ini, Pertandingan Fotografi Menarik Saya @ Perpustakaan, Teka jumlah buku, kempen daftar ahli perpustakaan (percuma) dan sebagainya..
Jom, layan gambar sebahagian aktiviti pada hari ke 8!
|
Kempen Daftar Ahli Perpustakaan |
|
Perasmian Program Tokoh Nilam |
|
Peserta Program Tokoh Nilam |
|
Peserta mengambil ujian untuk pemilihan Tokoh Nilam |
|
Sudut Permainan Ilmu |
|
Sudut Permainan Ilmu : Origami |
|
Sudut Permainan Ilmu : Puzzles |
|
Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu |
|
Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu |
|
Sudut Permainan Ilmu : Pertandingan susun buku |
|
Sudut Permainan Ilmu : Teka Jumlah Buku |
|
Tayangan & Kuiz @ Perpustakaan Kanak-Kanak |
|
Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung |
|
Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung |
|
Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher |
|
Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher |
|
Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak |
|
Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak |
|
Perpustakaan Bestari Samsung |
|
Lawatan @ Perpustakaan Bestari Samsung |
0 comments :
Post a Comment