Aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekresi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tarikh : 24 Mac 2015 - 1 April 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap hari. Pakat-pakat mai!

Friday, March 27, 2015

Karnival Buku Perlis 2015 - Hari yang ke Empat - 27 Mac 2015 (Jumaat)

Salam,

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Alhamdulillah, Karnival Buku Perlis 2015 berjaya sampai hari yang ke Empat pada 27 Mac 2015 (Jumaat).

Selain pengisian aktiviti jualan buku, perpustakaan turut menjalankan aktiviti Celik IT : Belajar persembahan visual dengan Ms. Powerpoint yang dihadiri oleh pelajar SMK Tengku Fauziah, ceramah agama bertajuk tanda-tanda hati yang sakit, Pertandingan Azan & Hafazan dan Pertandingan Jawi & Hafazan, Bengkel Teknik Menjawab STPM Pengajian Am dan Bengkel Teknik Menjawab STPM Matematik Tambahan.

Terima kasih kepada guru-guru yang membawa pelajar mengadakan lawatan sekolah, para ibu-bapa yang membawa anak-anak membeli buku, para pelajar yang menyertai aktiviti dan bengkel. Alhamdulillah, semuanya mendapat sambutan yang memberangsangkan!
























0 comments :

Post a Comment

© Karnival Buku Perlis 2015 , AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena