Aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekresi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tarikh : 24 Mac 2015 - 1 April 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap hari. Pakat-pakat mai!

Objektif

PENGENALAN :

Karnival Buku Perlis merupakan salah satu aktiviti galakan membaca yang dijalankan sepanjang tahun oleh PNMPerlis. Ia menawarkan pelbagai jenis buku daripada pembekal pada harga yang berpatutan bagi memenuhi kehendak pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia juga menggalakkan  amalan budaya membaca di kalangan masyarakat negeri Perlis. Selain itu, pengisian program di dalam Karnival Buku turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Perlis disamping memberi input-input berguna kepada masyarakat.  Melalui aktiviti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan perpustakaan awam kepada masyarakat Perlis.

OBJEKTIF :

Objektif diadakan program galakan membaca sempena Karnival Buku Perlis:
  • Menggalakkan penduduk negeri Perlis untuk datang ke perpustakaan dan sekaligus mempromosikan perkhidmatan perpustakaan
  • Menambah keahlian perpustakaan.
  • Memperkenalkan buku terbitan baharu dari dalam dan luar Negara dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh orang ramai.
  • Menggalakkan semua lapisan masyarakat kearah minat membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan

KUMPULAN SASAR :
Semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar sekolah, pelajar tabika, IPT/IPTs. penduduk setempat, ibu bapa, kakitangan awam dan sebagainya.




0 comments :

Post a Comment

© Karnival Buku Perlis 2015 , AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena