Aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekresi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tarikh : 24 Mac 2015 - 1 April 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap hari. Pakat-pakat mai!

Monday, March 30, 2015

Jom teka Buku @ Karnival Buku Perlis 2015

Sepanjang Karnival Buku Perlis, para pengunjung boleh mecuba nasib untuk meneka jumlah buku. Hadiah yang disediakan adalah peralatan lektrik. Jangan ketinggalan!..Karnival Buku Perlis hanya berbaki 1 hari sahaja!


CUBA TEKA JUMLAH BUKU YANG TERDAPAT
DI DALAM BEKAS KACA INI?

Read More

Karnival Buku Perlis 2015 : Hari yang ke-8 | 31 March 2015 (Selasa)

Alhamdulillah..Karnival Buku Perlis telah memasuki hari yang ke-8 pada 31 March 2015 (Selasa). Karnival Buku Perlis hanya berbaki sehari lagi iaitu esok pada 1 April 2015. 

Sekalung penghargaan kepada sekolah-sekolah yang datang mengadakan lawatan ke perpustakaan. Para pelajar diberi pendedahan mengenai kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan. Semoga selepas ini mereka sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk mencari ilmu pengetahuan. Selain itu, pelajar diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti tayangan kemerdekaan dan kuiz.

Menarik pada hari ke-8 ini adalah diadakan bengkel Celik IT iaitu membuat brosur dengan publisher, Program Tokoh Nilam dan Perasmian Tokoh Nilam, aktiviti jejak maklumat dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan..

Karnival Buku Perlis 2015 hanya berbaki 1 hari lagi. pakat-pakat mai ke perpustakaan dan sertai Peraduan Mewarna (6 tahun - 12 tahun), kelebihan peraduan mewarna ini adalah para peserta boleh mewarna di rumah dan menghantarnya di perpustakaan sepanjang Karnival. Borang mewarna boleh didapati di dalam blog ini, Pertandingan Fotografi Menarik Saya @ Perpustakaan, Teka jumlah buku, kempen daftar ahli perpustakaan (percuma) dan sebagainya..

Jom, layan gambar sebahagian aktiviti pada hari ke 8!

Kempen Daftar Ahli Perpustakaan

Perasmian Program Tokoh Nilam

Peserta Program Tokoh Nilam

Peserta mengambil ujian untuk pemilihan Tokoh Nilam

Sudut Permainan Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Origami

Sudut Permainan Ilmu : Puzzles

Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Pertandingan susun buku

Sudut Permainan Ilmu : Teka Jumlah Buku


Tayangan & Kuiz @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung

Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung

Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher

Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher



Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Perpustakaan Bestari Samsung

Lawatan @ Perpustakaan Bestari Samsung



Read More

Jom mencanting Batik @ Karnival Buku Perlis 2015!

Sepanjang Karnival Buku Perlis 2015 @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis, para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana batik dilukis. 

Selain itu, para peserta boleh mencanting sendiri batik dengan harga yang berpatutan iaitu RM6.00. Bukan itu sahaja, para pengunjung berpeluang untuk membawa pulang batik yang dicanting tersebut sebagai koleksi peribadi. 

Apa tunggu lagi, pakat-pakat mai..Karnival Buku Perlis berbaki 2 hari lagi lagi. Jangan lepaskan peluang!

Para pengunjung menunjukkan bakat mencanting batik

Batik yang telah siap



Read More

Karnival Buku Perlis 2015 : Hari yang ke-7 | 30 March 2015 (Isnin)

Alhamdulillah.. Karnival Buku Perlis berbaki 2 hari lagi. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari yang ke  ke-7 (30 March 2015, Isnin)..
Pertandingan tulisan khat

Pertandingan Tulisan Khat

Mencanting Batik

Tayangan & kuiz lawatan pelajar sekolah

Ceramah Agama : Di antara Kerjaya & rumah tangga

Pameran JPJ

Pameran SUK

Pameran ASB

Sudut Permainan Ilmu : Origami

Ustaz Rashid :  ketua Urus setia Pertandingan Tulisan Khat

Penceramah Panduan Mencari Maklumat

Peserta yang mengambil bahagian dalam
Pertandingan Tulisan Khat

Ceramah Panduan Mencari Maklumat

Johan Pertandingan Logo Karnival Buku Perlis 2015



Read More

Sunday, March 29, 2015

Karnival Buku Perlis 2015 : Hari yang ke 6 29 March 2015 (Ahad)

Salam semua,

Hari ini merupakan hari yang ke 6 Karnival Buku Perlis berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga ke 10.30 malam. Menariknya pada penghujung hari adalah pembekal buku mula memberi pemotongan  harga buku kepada pengunjung Karnival Buku. Rugi rasanya sekiranya rakyat Perlis tidak datang ke Karnival Buku Perlis kerana pelbagai buku dijual pada harga yang murah. 

Pengisian aktiviti menarik pada hari yang ke-6 adalah Pertandingan Karaoke Bintang Kecil, Belajar Microsoft Word, Bengkel Teknik Menjawab SPM Biologi, Bengkel Teknik Menjawab SPM Fizik, Bengkel kek : Brownies lapis cheese & kek gulung prune sesi 2, Pertandingan Mereka Cipta Logo Karnival Buku Perlis dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu.

Tiga (3) hari lagi Karnival Buku Perlis akan berakhir, kepada sesiapa yang belum berkunjung lagi, kami mengalukan-alukan kedatangan anda..selain jualan buku, ada juga kempen daftar ahli perpustakaan percuma, cabutan bertuah setiap hari, borang peraduan mewarna boleh didapati di karnival (tarikh akhir penyerahan pada 1 April 2015, pertandingan teka jumlah buku dan sebagainya..




















Read More

© Karnival Buku Perlis 2015 , AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena