Karnival Buku Perlis 2015

Aktiviti tahunan anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Badan Kebajikan Sukan & Rekresi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tarikh : 24 Mac 2015 - 1 April 2015. Pelbagai aktiviti dijalankan setiap hari. Pakat-pakat mai!

Monday, April 6, 2015

Keputusan Pertandingan Fotografi Menarik Sempena Karnival Buku Perlis 2015

Salam semua,

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar menarik yang dihantar ke pihak Urus setia Karnival Buku Perlis 2015 sepanjang Karnival Buku Perlis berlangsung. Kesemua gambar yang dihantar adalah amat menarik sekali.. 

Terima kasih di atas penyertaan semua! kepada yang terpilih, sila tuntut hadiah anda di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri Perlis (Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 6.00 petang)








Read More

Sunday, April 5, 2015

Keputusan Peraduan Mewarna Karnival Buku Perlis 2015

Salam semua,

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang datang ke Karnival Buku Perlis tempoh hari.  Berikut adalah senarai keputusan Peraduan Mewarna Karnival Buku Perlis 2015. Bagi yang tidak berjaya, jangan berdukacita kerana Perpustakaan Awam Negeri Perlis serta 42 rangkaian perpustakaan yang lain sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti untuk masyarakat negeri Perlis terutama kanak-kanak setiap minggu. Kami mengalu-alukan kedatangan anda..

Berikut adalah senarai pemenang peraduan mewarna:

A) Kategori 6-8 tahun
Johan
Rachel Fu Yi Ern
Naib Johan
Qaireen Madiha Mohd. Shahril
Tempat ke-3
Nursyira Ezyani
Saguhati
Nur Rafiena Zulaikha 

Saguhati
Arissa Ariana Bt. Harun

B) Kategori 9-12 tahun

Johan
Irdina Ainin Sofea Izuari

Naib johan
Farah Natasha Rosli
Tempat Ke-3
Saguhati

Saguhati
















Read More

Wednesday, April 1, 2015

Keputusan pemenang Teka Jumlah Buku sempena Karnival Buku Perlis 2015

Pertandingan Teka Jumlah Buku

Alhamdulillah, Karnival Buku Perlis 2015 telah pun berakhir setelah 9 hari berlangsung. Keputusan pemenang Pertandingan Teka Jumlah Buku 2015 telah diketahui. Sila tuntut hadiah anda di Kaunter Utama, Perpustakaan Awam Negeri Perlis setiap hari (Isnin-Jumaat), 9.00 pagi - 5.00 petang.

Nama pemenang : 
Nur Syazana (No tel : 0112337271)


Peraduan Mewarna (6-12 tahun), Pertandingan Fotografi Menarik Saya @ Karnival Buku Perlis akan diumumkan dalam masa terdekat..tunggggguuuuu!!!
Read More

Karnival Buku Perlis 2015 : Hari yang ke-9 |1 April 2015 (Rabu)

Salam semua,

Pejam celik, pejam celik kita dah sampai ke penghujung Karnival Buku Perlis 2015. Alhamdulillah, penganjuran Karnival Buku Perlis 2015 mencapai objektifnya iaitu mempromosikan perpustakaan kepada masyarakat negeri Perlis dan luar. Di harap selepas ini, pengunjung dan ahli perpustakaan akan bertambah ramai dan makin bertambahlah masyarakat yang berilmu pengetahuan. 

Aktiviti menarik sepanjang hari ini  adalah Program Tokoh Nilam (Sek. Men.), Celik IT : membuat brosur dengan publisher, bengkel teknik menjawab pepriksaan dan pertandingan mereka cipta barangan terbuang.

Penghantaran Peraduan mewarna Karnival Buku masih lagi dibuka sehingga jam 10.30 malam, pengunjung boleh lagi membeli peralatan buku, menyertai cabutan bertuah, teka buku dan Pertandingan Fotografi Menarik : Saya @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis sehingga ianya melabuhkan tirai jam 10.30 malam, 

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Neegri Perlis, JKR, jabatan & agensi terlibat pameran, guru,guru pengajar, guru-guru lawatan, para pelajar dan sebagainya..

Esok saya akan umumkan keputusan pertandingan. Tunggu..

Sudut Permainan ilmu : Origami

Urus setia origami

Peserta dan origami yang dihasilkan


Hadiah-hadiah

Button batch


Pameran

Pameran

Karnival Buku Perlis 2015

Wakaf Al-Quran

Cabutan bertuah

Cabutan bertuah

Reka cipta bahan terbuang


Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Reka cipta bahan terbuang

Read More

Monday, March 30, 2015

Jom teka Buku @ Karnival Buku Perlis 2015

Sepanjang Karnival Buku Perlis, para pengunjung boleh mecuba nasib untuk meneka jumlah buku. Hadiah yang disediakan adalah peralatan lektrik. Jangan ketinggalan!..Karnival Buku Perlis hanya berbaki 1 hari sahaja!


CUBA TEKA JUMLAH BUKU YANG TERDAPAT
DI DALAM BEKAS KACA INI?

Read More

Karnival Buku Perlis 2015 : Hari yang ke-8 | 31 March 2015 (Selasa)

Alhamdulillah..Karnival Buku Perlis telah memasuki hari yang ke-8 pada 31 March 2015 (Selasa). Karnival Buku Perlis hanya berbaki sehari lagi iaitu esok pada 1 April 2015. 

Sekalung penghargaan kepada sekolah-sekolah yang datang mengadakan lawatan ke perpustakaan. Para pelajar diberi pendedahan mengenai kemudahan yang terdapat di dalam perpustakaan. Semoga selepas ini mereka sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk mencari ilmu pengetahuan. Selain itu, pelajar diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti tayangan kemerdekaan dan kuiz.

Menarik pada hari ke-8 ini adalah diadakan bengkel Celik IT iaitu membuat brosur dengan publisher, Program Tokoh Nilam dan Perasmian Tokoh Nilam, aktiviti jejak maklumat dan Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan..

Karnival Buku Perlis 2015 hanya berbaki 1 hari lagi. pakat-pakat mai ke perpustakaan dan sertai Peraduan Mewarna (6 tahun - 12 tahun), kelebihan peraduan mewarna ini adalah para peserta boleh mewarna di rumah dan menghantarnya di perpustakaan sepanjang Karnival. Borang mewarna boleh didapati di dalam blog ini, Pertandingan Fotografi Menarik Saya @ Perpustakaan, Teka jumlah buku, kempen daftar ahli perpustakaan (percuma) dan sebagainya..

Jom, layan gambar sebahagian aktiviti pada hari ke 8!

Kempen Daftar Ahli Perpustakaan

Perasmian Program Tokoh Nilam

Peserta Program Tokoh Nilam

Peserta mengambil ujian untuk pemilihan Tokoh Nilam

Sudut Permainan Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Origami

Sudut Permainan Ilmu : Puzzles

Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Putar-putar Ilmu

Sudut Permainan Ilmu : Pertandingan susun buku

Sudut Permainan Ilmu : Teka Jumlah Buku


Tayangan & Kuiz @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung

Taklimat @ Perpustakaan Bestari Samsung

Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher

Bengkel komputer : Membuat brosur dengan publisher



Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Tayangan @ Perpustakaan Kanak-Kanak

Perpustakaan Bestari Samsung

Lawatan @ Perpustakaan Bestari Samsung



Read More

© Karnival Buku Perlis 2015 , AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena